Home Dari Meja Ketua Berita Komen anda

 
Bahagian Pengurusan Arkib dan Muzium
Selamat Datang ke Laman Web Bahagian Arkib dan Muzium Universiti Teknologi MARA

 Home
Perkhidmatan Kami
Sejarah dan Latarbelakang
Fungsi aktiviti
Koleksi  Arkib
Sejarah UiTM
Senarai ALUMNI

 

Sejarah Penubuhan Arkib dan Muzium UiTM

 

Bahagian Pengurusan Arkib dan Muzium atau dulunya dikenali sebagai Unit Rekod dan Arkib ditubuhkan pada Januari 1986. Bahagian Pengurusan Arkib dan Muzium adalah organisasi yang terulung dikalangan Institusi Pengajian Tinggi. Bahagian ini pada mulanya ditempatkan di bahagian bawah (ground floor) Bangunan Pejabat Naib Canselor UiTM pada bulan September 1997, Bahagian ini berpindah ke ruang baru di bahagian belakang bangunan Dewan Sri Budiman yang dahulunya adalah setor pusat UiTM. Struktur organisasi Bahagian Pengurusan Arkib dan Muzium terletak di bahagian bawah Pejabat Pentadbiran.

Ia diwujudkan dengan tujuan untuk menyelaraskan Sistem Pengurusan Rekod di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di kampus induk Shah Alam dan juga kampus-kampus cawangan di seluruh pelosok tanahair.

Pada tahun 2002 pengstrukturan Universiti mula dibuat. Peranan dan fungsi Unit Rekod dan Arkib ditambah lagi dengan cadangan penubuhan sebuah muzium di UiTM. Akhirnya pihak pengurusan telah bersetuju Unit Rekod dan Arkib dinaikan taraf menjadi bahagian Arkib dan Muzium mulai 1 Januari 2003.

Pada 17 April 2003 bertempat di Dewan sri Budiman Yg. Bhg. Dato' Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah, Naib Cancelor UiTM dengan rasminya mengistiharka Bahagian Arkib dan Muzium UiTM ditubuhkan.

 

 

 

 

Home Dari Meja Ketua Berita Komen anda

untuk pertanyaan dan komen hantar e-mail anda ke arkibmuzium@salam.uitm.edu.my                                             
Hakcipta terpelihara 2003 Bahagian Pengurusan Arkib dan Muzium                                                                                           
Lastmodified:01/01/07