Adalah penting semua Ketua Jabatan memberi perhatian
yang berat kepada soal keselamatan di jabatan mereka.
Ketua-ketua Jabatan adalah bertangungjawab sepenuhnya terhadap
keselamatan pejabat mereka sebagaimana yang termaktub di bawah
perenggan 16, Arahan Keselamatan yang menyatakan bahawa setiap Ketua
Jabatan adalah bertangungjawab sepenuhnya menganai keselamatan dan
Jabatannya. Beliau hendaklah mengambil langkah supaya perkara
terperingkat di Jabatannya dikwal dengan sempurna pada setiap masa.
Disamping itu beliau juga adalah bertangungjawab menentukan supaya
laporan keselamatan dikemukan kepada Pegawai Keselamatan Kerajaan
apabila dikehendaki.
Keselamatan Dokumen
Dokumen maklumat dan bahan rahsia rasmi hendaklah
diberi kawalan keselamatn secara : |
|
|
Menubuhkan
Pendaftaran Rahsia bagi mengurus penerimaan pemprosessan, penyimpanan,
penghantar, pelepasan dan pemusnahan. |
|
|
Membuat pengelasan mengikut tafsiran Rahsia Besar, Rahsia. Sulit
atau
Terhad. |
|
|
Membuat pengelasan
semula. |
|
|
Mendapat kebenaran Ketua Jabatan jika membawa dokumen Rahsia Besar,
Rahsia, Sulit Atau Terhad keluar pejabat selain daripada tujuan urusan rasmi
kerajaan waktu pejabat. |
|
|
Dokumen-dokumen keselamatan dan bernilai
ditetapkan dengan elemen dan ciri keselamatan mengikut keperluan dan
bersesuaian sebagai yang tersebut dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.
24 Tahun 1986 |
|
|
|
|
Keselamatan Peribadi
Perkara-perkara yang boleh memastikan kawalan keselamatan
peribadi terjamin termasuklah : |
|
|
Menentukan
bahawa seseorang dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan
Sokongan (Bekas Kumpulan B) yang telah lulus tapisan keselamatan sahaja
dilantik dalam perkhidmatan kerajaan sebagaimana yang ditetapkan oleh surat
JPA SULIT 376/Bhg. 10/5 bertarikh 2 Mei 1979 atau seseorang yang menyandang
perkhidmatan yang mana membolehkan ia melibatkan diri dalam urusan rahsia
rasmi menepati perenggan 80, Arahan Keselamatan. |
|
|
Memberi kesedaran keselamatan menerusi kursus
dan ceramah di kalangan pegawai dan kakitangan dari semasa ke semasa. |
|
|
Membuat perakuan di bawah Akta Rahsia Rasmi untuk
ditandatangani oleh penjawat awam semasa berkhidmat dan apabila meninggalkan
perkhidmatan mengikut borang diLampiran D dan E Arahan Keselamatan. |
|
|
Membuat penyelengaraan, mengemaskini dan
mengemukakan senarai fail dan Pemegang Jawatan Keselamatan Berjadual kepada
Pejabat Keselamatan Kerajaan untuk pengawasan dan rekod sebagaimana yang
tersebut di dalam perenggan 84, Arahan Keselamatan |
PERINGKAT-PERINGKAT KESELAMATAN
(Tanda Peringkat, Definasi dan Contoh)
PERINGKAT
(1) RAHSIA BESAR (PERSENDIRIAN)
DEFINASI
MENYEBABKAN KEROSAKKAN YANG AMAT BESAR KEPADA MALAYSIA
CONTOH
(a)
Kertas-kertas Jemaah Menteri yang sangat penting mengenai dasar utama kerajaan
berkaitan dengan perkara politik atau ekonomi.
(b) Maklumat
yang sangat penting mengenai perancangan gerakan dan penempatan barisan
peperangan ankatan Tentera jika berlaku peperangan.
(c)
Surat-menyurat dengan kerajaan negara asing mengenai aspek perdagangan dan
pertahanan yang sangat penting.
PERINGKAT
(2) RAHSIA (PERSENDIRIAN)
DEFINASI
MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN NEGARA MENYEBABKAN KEROSAKAN BESAR
KEPADA KEPENTINGAN DAN MARTABAT MALAYSIA ATAU MEMBERI KEUNTUNGAN KEPADA
SESEBUAH KUASA ASING
CONTOH
(a)
Arahan-arahan penting untuk perwakilan-perwakilan Malaysia yang membuat
perundingan dengan negara asing
(b)
Maklumat-maklumat penting mengenai pemasangan-pemasangan Tentera.
(c)
Maklumat-maklumat penting mengenai pertubuhan-pertubuhan subversif dan
kegiatan-kegiatannya.
(d)
Surat-menyurat antara jabatan mengenai perkara-perkara dasar yang penting.
PERINGKAT
(3) SULIT (PERSENDIRIAN)
DEFINASI
MEMUDARATKAN KEPENTINGAN / MARTABAT MALAYSIA/ KEGIATAN KERAJAAN
ORANG PERSEORANGAN / AKAN MENYEBABKAN KEADAAN MEMALUKAN / KESUSAHAN KEPADA
PENTADBIRAN / AKAN MENGUNTUNGKAN SESEBUAH KUASA ASING.
CONTOH
(a)
Laporan-laporan perisian biasa
(b)
Dokumen-dokumen dan panduan-panduan teknik untuk kegunaan latihan tentera atau
polis
(c)
Maklumat mengenai perkara-perkara perdagangan yang jika terdedah kepada orang
yang tidak dibenarkan akan menyebabkan keaddan memalukan atau kesusahan kepada
pentadbiran dan kerajaan.
(c)
Maklumat-maklumat yang mungkin membolehkan pendapatan faedah kewangan darpadanya
jika terdedah sebelum masa.
PERINGKAT
(4) TERHAD (PERSENDIRIAN)
DEFINASI
MAKLUMAT-MAKLUMAT / DOKUMEN-DOKUMEN RASMI/ BAHAN-BAHAN YANG LAIN
DARIPADA YANG DIPERINGKATKAN DENGAN PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI TARAFNYA.
TETAPI BERKEHENDAKKAN JUGA DIBERI SATU TAHAP PERLINDUNGAN KESELAMATAN.
CONTOH
(a)
Buku-buku jabatan bagi maksud arahan
(b) Perintah-perintah dan arahan-arahan biasa jabatan
(c)
Dokumen-dokumen mengenai bekalan barang-barang dan alat kelengkapan biasa untuk
tentera atau polis.
LAMPIRAN A
PERLANTIKAN PEGAWAI AWAM UNTUK MENGELASKAN SURAT RASMI, MAKLUMAT
ATAU BAHAN MENGIKUT SEKSYEN 2B AKTA RAHSIA RASMI 1972
| 1. |
Peringkat Persekutuan |
| |
1.1 Kementerian |
-
Ketua Setiausaha Kementerian |
| |
|
-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian |
| |
|
-
Setiausaha-setiausaha Bahagian |
| |
|
|
| |
1.2
Jabatan dan
Badan
Berkanun
|
- Ketua
Jabatan |
| |
|
- Timbalan
KetuaJabatan Persekutuan |
| |
|
- Ketua
Bahagian terdiri daripada Pegawai Tingkatan Tertinggi Gdan Ke atas. |
| |
|
|
| 2.
|
Peringkat Negeri |
|
| |
2.1
Kementerian |
-
Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri |
| |
|
-
Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri |
| |
|
-
Ketua penolong Setiausaha kerajaan Negeri terdiri daripada Pegawai Tingkatan
tertinggi G dan ke atas |
| |
|
|
| |
2.2 Jabatan dan Badan
Berkanun
Negeri |
- Ketua Jabatan |
| |
|
-
Timbalan Ketua Jabatan |
| |
|
|
| |
2.3 Daerah |
-
Pegawai Daerah |
| |
|
|
| |
|
-
Ketua Jabatan |
| |
|
|
| |
|
|
Borang Pendaftaran Dokumen Terperingkat (klik
disini)
|